Saturday, 27 May 2017

Rugi RM98.98 juta akibat penipuan Love scam tahun lepas -Polis


KUALA LUMPUR, 29 Syaaban 1438H, Jumaat – Kes penipuan Love scam melalui media sosial yang sebahagian besar didalangi oleh warga Afrika , ialah kes jenayah siber kedua tertinggi dilaporkan di Malaysia tahun lepas dengan 2,498 kes melibatkan kerugian RM98.98 juta.

Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, DSP Yeap Yoke Peng berkata: “kebanyakan mangsa yang diperdayakan oleh sindiket itu ialah golongan profesional seperti doktor dan guru.’
Yeap yang membentangkan kertas kerja mengenai “Jenayah Siber di Malaysia: Trend, Cabaran dan Inisiatif masa depan” pada Persidangan Keselamatan IT ASEAN 2017, di sini berkata, polis menerima laporan mengenai 12,175 kes jenayah siber dengan jumlah kerugian RM230,264,128 juta.
Kes jenayah siber tertinggi dilaporkan di Malaysia tahun lepas ialah penipuan e-dagang dengan sejumlah 6,151 kes melibatkan kerugian RM29,967,149 juta membabitkan jualan , pembelian dan pelaburan dalam talian, kata beliau pada seminar sehari itu bertemakan “Security in a Hyper-Connected World” anjuran Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) Malaysia.
Yeap berkata penipuan telekomunikasi melalui SMS, telefon, el-mel mengenai pemberitahuan kononnya memenangi hadiah merupakan jenayah siber ketiga tertinggi dengan 1,898 kes dilaporkan melibatkan kerugian berjumlah RM52.98 juta.
Dalam sesetengah penipuan telekomunikasi, ada kes mangsa menerima panggilan dari individu yang menyamar sebagai polis, pegawai kastam dan pegawai bank yang mengakibatkan mereka kerugian sejumlah besar wang.
Yeap berkata kes lain yang dilaporkan ialah penipuan e-kewangan melalui malware dan spam dengan 1,040 kes dilaporkan melibatlan kerugian sehingga RM48,33 juta, diikuti oleh penyalahgunaan rangkaian dengan 207 kes (RM1,400) dan akhir sekali harta intelek seperti pelanggaran hak cipta dengan 381 kes tetapi tiada jumlah kerugian yang terkumpul.
Beliau berkata peningkatan kes jenayah siber di Malaysia kebanyakan disebabkan kurannya kesedaran di kalangan pengguna media sosial mengenai keselamatan siber dan sensitiviti, dan akibat kelemahan ini, ia menyebabkan kegiatan penjenayah siber berleluasa.
Sementara itu, Naib Presiden dan Pengarah Urusan Kawasan Malwarebyte bagi Asia Pasifik, Jeff Hurmuses berkata daripada semua serangan malware, botnet telah meningkat di Malaysia berikutan landskap ancaman semasa.
Hurmuses berkata Malaysia menduduki tempat ke-10 dalam insiden botnet global dengan Asia Pasifik secara keseluruhan meliputi lebih 50 peratus daripada insiden botnet di peringkat global sementara serangan malware Android menunjukkan peningkatan dan menduduki tempat ke-12 di seluruh dunia.
Beliau berkata, botnet ialah sejenis malware yang menjangkiti beberapa peranti saling berkait untuk melaksanakan pelbagai tugas seperti menyebarkan scam, klik spam dan mencuri maklumat peribadi dan kewangan.
Malware √Āndroid ialah perisian berbahaya yang menjangkiti telefon bimbit yang berfungsi di bawah sistem operasi Android melalui keruntuhan sistem atau kebocoran maklumat sulit, kata beliau
‘Kadar serangan malware hanya meliputi peratusan kecil di Malaysia seperti terkandung dalam laporan semasa. Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk berjumlah lebih 30 juta, dan kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan kadar penembusan internet kepada 95 peratus menjelang 2020, ada kemungkinan lebih banyak perniagaan dan individu terdedah kepada ancaman siber,” kata beliau.
Hurmuses berkata oleh kerana serangan malware botnet dan Android begitu berleluasa di Malaysia, adalah penting bagi semua orang di negara ini untuk mengetahui mengenai metodologi baharu serangan siber. – Bernama

Friday, 26 May 2017

Proton: Era Lenjan Wang Rakyat Berakhir!

Hasil carian imej untuk Proton: Era Lenjan Wang Rakyat
KEPUTUSAN sudah dicapai, DRB Hicom bakal menjual 49.9 peratus ekuitinya kepada Geely.
Perkara ini bakal mengakhiri kemelut Proton dalam mencari rakan kongsi yang bermula tahun lalu.
Pada April 2016, kerajaan telah memperuntukkan dana suntikan RM 1.5 bilion kepada DRB Hicom dengan syarat mencari rakan kongsi asing dan menjalankan plan pemulihan.
Apakah kelebihan Geely?
Geely ialah perusahaan automotif swasta pertama dan terbesar di China yang berpusat di Taizhou, Zhejiang.
Syarikat itu membuat kejutan pada 2009 dengan membeli Volvo daripada Ford Motors pada harga AS$1.3 bilion.
Menurut laporan Carlist.my, Volvo, di bawah Geely menjadi syarikat terbesar yang menggaji jurutera sejak kebelakangan ini, menyumbang kepada pembangunan model Volvo XC90, S90 dan V90 baru.
Kereta Geely dikatakan menjadi jenama kereta terlaris di China beberapa tahun kebelakangan ini, selepas menjadi pemilik kenderaan Sweden itu.
Pada 2016, jumlah pengeluaran kereta Geely dan Volvo mencecah 1 juta unit.
Apa pula kesan andai Proton memberi keyakinan penuh kepada Geely?
Dalam keadaan Proton bergelut dengan isu kualiti pasukan pengurusan, lembakan pekerja, kualiti kenderaan dan kekurangan pendapatan, Geely mampu memberi nafas baru kepada Proton.
Geely mampu menyuntik modal, mengukuhkah pasukan pengurusan, menguatkuasakan pembaharuan dan membawa perubahan kepada proses pembuatan.
Paling penting, mengubah minda dan sikap Proton agar bersedia untuk mengambil lebih banyak risiko. Serta tidak mengemis bantuan kerajaan.
Proton juga akan mendapat manfaat melalui peningkatan keupayaan dan pemindahan teknologi teknikal yang boleh membantu ia kekal relevan serta meningkatkan keupayaan bersaing di pasaran tempatan dan serantau.
Menilai kepada kemampuan Geely, pengalaman gergasi automobil ini mampu mengatasi kelemahan yang ada pada Proton yang asyik mengharapkan perlindungan kerajaan terhadap statusnya sebagai kereta nasional.
Realiti pasukan pengurusan yang lemah, kelembapan proton dalam menguasai pasaran domestik serta langsung tidak berdaya saing di pasaran serantau, adalah realiti yang mesti diakui.
Geely bukanlah musuh buat Proton, namun rakan kongsi yang mampu mengubah nasib proton setelah gagal berdikari.
Kelemahan utama proton ialah ia dibina dengan asas dilindungi, dimanjakan dan diselamatkan dengan wang rakyat.
Proton pada era Tun M, hebat kerana wang rakyat digunakan untuk melindunginya. Proton tidak pernah berkembang sebagai entiti korporat tulen tetapi sebagai hanyalah budak manja yang dilindungi kerajaan.
Kini Proton harus sedar. Wang rakyat dan polisi negara tidak lagi akan dihabiskan untuk sebuah jenama kereta. Dunia sudah bergerak ke depan. Proton harus dewasa. Era anak manja sudah berakhir.
#laskarmalaya

Geely China Muktamad Beli 49.9% Saham Proton


Geely China Muktamad Beli 49.9% Saham Proton

PUTRAJAYA – DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) mencapai persetujuan dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) untuk pembelian 49.9 peratus saham Proton Holdings Berhad (Proton).

Kedua-dua syarikat tersebut menandatangani perjanjian yang membolehkan Geely membeli kepentingan Proton dengan disaksikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sini pada Rabu.
Perjanjian membolehkan Proton mendapat akses pelbagai platform dan enjin di bawah Geely selain menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China itu, termasuk liputan kereta pemanduan kanan di Asia Tenggara.
Malahan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, jenama Proton akan terus kekal dan bakal mengalami pertumbuhan ketara dengan kehadiran rakan strategik baharu ini.
“Hasrat kami untuk memastikan kebangkitan semula nama Proton kerana ia merupakan jenama kereta kebangsaan pertama dengan sejarah lebih 30 tahun sekali gus menjadi pemangkin pertumbuhan,” jelasnya.
Proton juga akan menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta ternama dari Britain, Lotus, kepada Geely, sekali gus menamatkan penglibatannya dalam segmen kereta sport.
Geely ketika ini turut menguasai firma Geely Automobile yang berpangkalan di Hong Kong dan kumpulan automotif terkenal Volvo Car Corporation dari Sweden selain The London Taxi Company di Britain.
Media melaporkan, pembelian membolehkan Geely mengoptimumkan kilang Proton di Tanjung Malim, Perak yang setakat ini hanya mengeluarkan kira-kira 150,000 unit kereta jenama tempatan itu setahun.
Keadaan ‘lesu’ tersebut menyebabkan operasi kilang berkenaan berada jauh di bawah tahap kemampuan sepatutnya kerana ia sebenarnya direka untuk menampung kapasiti maksimum sejuta unit kereta setahun.
Usaha pencarian rakan kerjasama strategik asing untuk Proton bermula susulan laporan prestasi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2016 lalu menyaksikan ia mencatatkan kerugian bersih lebih RM1 bilion.
Ia berjaya menarik tujuh firma automotif antarabangsa melakukan proses bidaan dengan pengeluar jenama Peugeot dan Citroen iaitu PSA dari Perancis menjadi pihak terakhir yang bersaing sengit dengan Geely.
Sementara itu, Kerajaan Malaysia turut membantu Proton dengan menyuntik dana kecemasan berjumlah RM1.5 bilion sepanjang tahun lalu khasnya bagi membantu pihak vendor. – Agensi

Wednesday, 24 May 2017

Dari Kampung Setinggan, Jadi Kawasan Pelancungan Dalam Sebulan.

Hasil carian imej untuk randusari, indonesia

SEINDAH namanya.. Apa keunikan perkampungan yang terletak di Jawa Tengah Indonesia ini hingga menjadi tular di media sosial.
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk kampung pelangi, randusari
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk kampung pelangi, randusari
Hasil carian imej untuk kampung pelangi, randusari
(IH)

Monday, 22 May 2017

Anak M'sia Jadi Jutawan Dunia, Hanya Bermula RM90!


KUANTAN: Bermula dengan hanya RM90 sahaja, kini anak Malaysia dari Kuantan, Juraidah Mohammad (foto) kini bergelar "Jutawan Muslim Dunia", malah berada dalam ranking kelapan dunia dari sudut pencapaiannya dalam syarikat Forever Living Products (FLP) sekarang.

Bermula sekadar untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara kehidupan, beliau tidak sangka FLP telah mengubah kehidupannya seisi keluarga sekarang. Malah suaminya, Ahmad Abdullah yang merupakan anak peneroka Felda Jengka 2, turut merasai perubahan tersebut biar pun baru empat tahun menjadi rakan kongsi syarikat tersebut.

Forever Living Products kini sudah menembusi pasaran ke 160 buah negara di dunia, dan merupakan antara syarikat Multi Leverl Marketing (MLM) terbaik pada masa ini. Menurut Juraidah, beliau berjaya mengecapi kejayaan luar biasa bersama Forever dalam tempoh yang singkat kerana berapa pada platform yang betul. Jika bukan Forever beliau belum tentu akan berada di persada dunia seperti hari ini.

Beliau berjaya meraih kejayaan yang cukup hebat dalam Forever kerana sokongan dan semangat berkumpulan (teamwork) yang ditunjukkan oleh rakan kongsi di bawah rangkaiannya.  Antara kejayaan terbaharu beliau ialah meraih anugerah Chairman's Bonus Manager (CBM) "Level 2" dengan membawa pulang hadiah kemenangan bernilai USD108,o79.96  di Jonanesberg pada tahun lepas (2016),

Malah pada April 2017 yang lalu, beliau sekali lagi menerima anugerah Chairman's Bonus Manager (CBM) "Level 3" di Dubai Rally 2017. Beliau mendapat hadiah kemenangan bernilai USD417,298.00 (mencecah hampir dua juta Ringgit Malaysia).

Walau pun menikmati kejayaan yang cukup hebat ini, namun ramai warga Kuantan khasnya dan Pahaang amnya yang tidak menyedarinya. Ini kerana ramai usahawan Multi Level Marketing (MLM) dan Networking lebih berminat kepada program-program pelaburan skim cepat kaya yang berbentuk SCAM dan PONZI serta dilarang oleh kerajaan.


Ramai dikalangan kita hari ini yang gemar melabur wang untuk duduk diam dengan hasrat mendapat keuntungan berganda-ganda. Namun, hakikatnya wang yang dilabur itu lebur, manakala program pula berkubur. Keuntungan yang diharapkan, akhirnya membawa kesengsaraan dalam kehidupan. 


Apa tidaknya, untuk menyertai sesuatu program mereka sanggup bergolok-gadai dan keluarkan wang simpanan berupa saham di Tabung Haji (TH), Koperasi dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Gara-gara disajikan dengan "duduk diam atau tidur pun dapat duit" akhirnya ramai dintara kita yang menjadi mangsa berbagai-bagai skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa.


Sedangkan ada anak Malaysia yang menempa kejayaan bertaraf dunia menerusi perniagaan MLM yang lebih telus dan adil pun kita tidak tahu. Semuanya kerana kita terlalu taksub dengan keuntungan segera yang dijanjikan, tanpa mahu merasai penat lelah untuk mencapai kejayaan.


Walhal kita sendiri tahu "9/10 punca rezeki itu didatangkan daripada perniagaan" bukannya pelaburan haram yang diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Awalnya, agihan keuntungan atas pelaburan (ROI) dibayar dengan cantik untuk menarik perhatian orang ramai. 


Namun, lama kelamaan penganjur akan memberi berbagai alasan apabila mereka gagal membuat pembayaran seperti dijanjikan. Akhirnya hanya kumpulan tertentu sahaja yang akan dibayar iaitu mereka yang masih membuat jualan (sale) dengan mendapatkan pelabur-pelabur baru. 


Selepas melihat mereka gagal untuk membuat bayaran, maka berbagai helah lain dicipta dan akhir sekali website ditutup dan penganjur akan cabut lari tanpa dapat dikesan. ramai dikalangan mereka lari ke Indonesia, mungkin merasa "line clear" di negara tersebut. 

Program "Back To Basic" Empire Team Network (ETN}

Justeru, orang ramai terutamanya yang pernah menjadi mangsa kepada pelaburan haram dan berhasrat untuk menjana pendapatan dalam bidang networking secara sah, adil, telus serta mengikut undang-undang yang telah ditetapkan dipelawa bersama dengan Empire Team Network untuk menempa kejayaan dengan Forever Living Products (FLP).

Mereka sedang mengadakan program "Back To Basic" untuk mengajak seberapa ramai rakyat Malaysia kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi terpedaya dengan skim-skim pelaburan haram yang "tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan" sekarang ini.

Bermulalah dari sekarang dan beri peluang kepada diri anda memperbaiki diri jika masih berminat untuk menjana pendapatan dan mencari rezeki dalam bidang networking atau Multi Level Marketing. Tiba masanya ubah sikap dan minda untuk menerima perubahan. Buang sikap ego dan takut kepada produk, kerana di situlah mungkin kejayaan tercipta dalam hidup anda. 


Luangkan masa untuk belajar dan dapatkan ilmu-ilmu yang betul dari mereka yang sudah membuktikan kejayaan. Hanya ikut dan akur dengan segala apa yang di ajar anda punyai harapan besar untuk berjaya. Paling menarik, dalam Forever Living Product's anda tidak perlu "main program" seperti bisnes lain. Tidak perlu beli dan simpan barang bawah katil kerana produk yang ditawarkan adalah untuk kegunaan seisi keluarga dan sudah terbukti keberkesanannya.

Produk Forever Living yang mempertaruhkan kebaikan aloe vera atau pokok lidah buaya yang mempunyai 1001 kebaikan sesuai untuk kegunaan seisi keluarga terutamanya Aloe Vera Gel dalam botol kuning yang sangat baik untuk diminum sebagai detox usus dan badan.

Selama 40 tahun produk Forever Living memfokuskan usahanya untuk mencari sumber semulajadi yang terbaik bagi kesihatan dan kecantikan yang dapat dikongsi bersama dengan dunia. Kebaikan aloe vera tidak perlu diperkenalkan lagi dan dunia turut mengiktiraf keupayaan tumbuhan itu membantu manusia menjadi lebih sihat dan cantik.
Produk penjagaan kulit Forever Living yang berasaskan aloe vera adalah secara semulajadinya kaya dengan pelembap yang membantu kulit mengekalkan imbangan lembapan, kelembutan serta keanjalan untuk wajah muda berseri. Lidah buaya tulen adalah ramuan utama dalam produk kami. Untuk memastikan anda hanya mendapatkan yang terbaik, hanya spesies lidah buaya paling mujarab iaitu Barbadensis Miller digunakan,” katanya.

Daripada aspek perniagaan, Forever Living berbeza dengan sistem perniagaan lain kerana tidak menggunakan orang tengah. Selain itu, tiada konsep Point Value (PV), Bonus Value (BV) dan Use Value (UV) kerana keuntungan adalah untuk peniaga sendiri. Dengan bayaran hanya RM90 sekali seumur hidup, anda layak mendapat diskaun 15 peratus ke atas semua produk Forever Living dan tiada syarat dikenakan untuk keahlian kekal aktif.

Hanya bermodalkan RM1,600, secara automatik layak menjadi pengedar VIP untuk mendapatkan diskaun sehingga  35% ke atas semua produk Forever Living. Sama ada untuk anda gunakan sendiri seisi keluarga, atau menjalankan perniagaan ini secara sambilan mahu pun sepenuh masa. Banyak ganjaran dan bonus menarik menanti anda.

Jika mereka boleh berjaya, kenapa tidak anda di luar sana. Di Malaysia, potensi produk Forever Living ini menambahkan pendapatan sudah terbukti, lebih-lebih lagi golongan Melayu Bumiputera. Tidak hairanlah Juraidah Mohamad hanya mengambil mana dua tahun untuk bergelar jutawan.

Ini adalah satu testimoni yang mengagumkan bagi pasaran Bumiputera dan kita  harap lebih ramai menyertai perniagaan ini  seterusnya memperoleh pendapatan sehingga lima angka ke atas. Anda yang berminat menjadi usahawan VIP Forever Living di seluruh Malaysia boleh whatsApp talian hotline 0108672810 (taipVIP_NAMA_LOKASI). Anda akan dhubungi untuk mendapatkan info lanjut dan pencerahan. #advitorial
(http://pahangdaily.blogspot.my)

Turki Akan Alami Lonjakan Kualitatif di Semua Bidang -Erdogan



Ankara: Presiden Turki, Recep  Tayyip Erdogan mengatakan, negaranya akan mengalami lonjakan kualitatif pada berbagai bidang dalam beberapa bulan kedepan. 

Menurutnya, itu akan dimulai dari perang melawan terorisme melalui ekonomi, hingga perluasan hak dan kebebasan.

Pernyataan tersebut diungkapkan Presiden Erdogan pada sebuah pidato setelah dirinya kembali terpilih untuk memimpin Partai Keadilan dan Pembangunan (AKP). Dirinya kembali terpilih untuk memimpin parti yang memerintah itu melalui Kongres Luar Biasa yang diumumkan di Ankara Sports Hall, Ahad (21/05/2017).

Dalam kesempatan tersebut, Presiden Turki itu juga menyampaikan terima kasih kepada para anggota partai yang telah memilihnya kembali. Ia menyebutkan, kongres kali ini merupakan permulaan baru.

Presiden Erdogan juga menegaskan, partainya (AKP)  sejak pertama dibentuk, akan terus berupaya mencapai prestasi yang signifikan bagi negara. (IH)

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


Sunday, 21 May 2017

Skim Pelaburan JJPTR, 400,000 Individu Jadi Mangsa Tipu.


Hasil carian imej untuk 400,000 individu dipercayai jadi mangsa penipuan skim pelaburan JJPTR
KUALA LUMPUR – Kira-kira 400,000 individu dipercayai menjadi mangsa penipuan skim pelaburan kontroversi JJ Poor to Rich (JJPTR), kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata mangsa terdiri daripada 300,000 warga tempatan dan selebihnya warga asing.
Katanya berdasarkan siasatan awal jumlah pelaburan paling rendah dibuat oleh pelabur adalah RM4,500 dan ada mangsa yang sanggup melabur sehingga RM100,000.
“Setakat ini, polis hanya menerima kurang daripada 10 laporan polis membabitkan skim pelaburan itu. Kita mahu lebih ramai mangsa tampil membuat laporan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Kesedaran Jenayah Komersial 2017 sempena sambutan Hari Polis ke-210 di sini, hari ini.
Selasa lepas, tiga lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan sindiket skim pelaburan JJPTR, termasuk dalangnya ditahan di Petaling Jaya, Selangor bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Acryl Sani berkata secara purata nilai kerugian bagi kes penipuan antaranya melibatkan pelaburan skim cepat kaya dan ‘Love Scam’ mencecah RM1 bilion setiap tahun.
“Saya percaya nilai kerugian berkenaan lebih tinggi berikutan ada mangsa tidak tampil untuk membuat laporan polis. Mangsa yang terlibat tidak perlu berasa malu untuk membuat laporan kerana polis akan menjaga rahsia dan sensitiviti maklumat mereka,” katanya. – BERNAMA


Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Saturday, 20 May 2017

Mesin Layan Diri Jual Kereta Mewah Terbesar Dunia.


Mesin Layan Diri Jual Kereta Mewah Terbesar Dunia

SINGAPURA – Mungkin anda boleh melupakan sahaja minuman bergas atau makanan ringan jika melihat saiz mesin layan diri terbaharu di Singapura ini apabila kelihatan lain daripada yang lain.

Terletak di Jalan Kilang, Bukit Merah tidak jauh dari gedung perabot terkemuka IKEA Alexandra, mesin runcit ini hanya menawarkan kenderaan mewah, termasuk model Bentley, Ferrari, Lamborghini dan Morgan Plus 4 1955.
Penjual kereta terpakai Autobahn Motors (ABM) membuka bilik pameran 15 tingkat futuristik itu sekitar Disember tahun lalu, dengan memiliki 60 ruang bagi mempamerkan pelbagai jenama kereta berkuasa tinggi dan klasik.
Ia malah disifatkan sebagai mesin layan diri produk kereta paling besar di dunia. Senang kata, ia seumpama kotak pameran automotif popular Hot Wheelskeluaran firma alat permainan terkenal Mattel dari Amerika Syarikat.
Bagi individu biasa, peluang untuk memiliki kenderaan mewah seperti itu mungkin di luar kemampuan. Namun laporan akhbar tempatan TODAY ini menggambarkan apakah berlaku dalam kunjungan ke bilik pameran ABM.
Apabila tiba di bangunan pameran itu, anda terlebih dahulu akan dibawa masuk ke sebuah galeri dan kemudian dipelawa untuk duduk di sofa yang selesa. Pelanggan selepas itu diberi tablet untuk memilih kereta idaman hati.
Uniknya, pemilihan tersebut dilakukan dengan hanya menggunakan tablet berkenaan yang mempamerkan semua kenderaan ada di galeri ABM, daripada kereta moden berkuasa tinggi sehingga kepada model klasik atau vintaj.
Menurut ABM, ia mengambil masa paling lama pun cuma dua minit sebelum kenderaan dipesan tersebut kemudian tiba di depan anda sendiri dengan menggunakan sistem penghantaran dalam bentuk ‘tulang ikan’ secara automatik.
Sementara itu, lampu-lampu akan dimalapkan di galeri berkenaan dan video promosi bagi kereta yang dipilih akan dimainkan. Sesudah video itu selesai ditayangkan, lampu studio akan memancar pada kereta berkenaan sahaja.
Ia diletakkan di satu platform yang boleh berputar sebelum pelanggan dapat membawa pulang kereta berkenaan sendiri setelah selesai segala urusan berkaitan dokumentasi pembelian terhadap produk kenderaan tersebut.
Pengurus Besar ABM, Gary Hong dipetik TODAY berkata, format mesin layan diri unik itu bertujuan memanfaatkan penggunaan ruang sempit di negara saiz kecil seperti Singapura dan sengaja direka sebagai lain daripada yang lain.
Harga kereta di Singapura adalah kedua termahal di dunia selepas Hong Kong, China dan rakyatnya perlu menukar kereta baharu selepas 10 tahun jika tidak mahu dikenakan cukai yang lebih tinggi. – Agensi

Thursday, 18 May 2017

Gelagat Tunku Azizah Beli Durian Di P.Pinang.



CEMAS ada… takut pun ada… Itulah rekasi yang dapat dilihat pada wajah penjual durian selepas menerima kunjungan kali kedua Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah di gerainya. 
Dalam rakaman video yang menjadi tular sebelum ini, pemuda itu yang dikenali sebagai Rafi tidak mengetahui pelanggannya ialah seorang kerabat dari Istana Pahang.  (mStar)

Bertelingkah Pemandu GrabCar RM4 Punya Hal..

/

PETALING JAYA: Satu pertelingkahan berlaku antara penumpang dan pemandu GrabCar gara-gara tambang RM4.
Dalam satu posting yang tular di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang pemandu aplikasi e-hailing itu yang didakwa melepaskan kemarahannya kepada penumpang disebabkan tambang RM4 yang ditetapkan syarikat.
Selain menceritakan tentang apa yang berlaku, wanita berkenaan turut memuat naik beberapa keping gambar dan sebuah video yang menunjukkan pemandu berkenaan cuba menendang dirinya.
Difahamkan, kejadian berlaku pada Selasa, di Dato' Keramat, Pulau Pinang.
Dalam posting yang dimuat naik, dia menceritakan bagaimana pemandu berkenaan mula 'mengamuk' kerana salah faham tentang lokasi menunggu.
"Pertama sekali, order GrabCar, tunggu lebih kurang empat minit . Masuk masuk ja dalam kereta, pemandu dah mengamuk tanya kenapa aku tak tunggu dekat 'traffic light'.
"Aku cakap, semua penduduk flat ni bila naik GrabCar akan tunggu depan pagar, bukan dekat luar lampu isyarat," tulisnya.
Tidak terhenti di situ, wanita berkenaan kemudian mendakwa pemandu tersebut memandu dengan cara berbahaya.
"Tengah memandu pun dia boleh hon kereta tu kereta ni. Bawa memang macam orang dah tak betul," tulisnya lagi.
Kemuncak pertelingkahan berlaku apabila pemandu berkenaan tidak menghantar penumpangnya di lokasi yang ditetapkan.
"Dekat nak sampai, pelik kenapa dia turunkan aku dekat tepi. Aku tanya, saya bagi 'location' tu, you kena ikut 'location' tu. Dia boleh jawab 'bayar fare RM4 lagi mau hantar sampai sana'.
"Eh RM4 pun duit tau. I bayar bukan tak bayar. Lagipun memang sebelum booking harga aplikasi dah keluar memang RM4. So apa masalahnya," tulisnya.
Menurut wanita berkenaan, pemandu tersebut marah apabila dia mengugut untuk membuat laporan dan tidak membenarkan dia keluar dari kenderaan.
Bagaimapun, dia 'dilepaskan' setelah cuba merakamkan insiden yang sedang berlaku.
"Sampai la aku dah rakam baru dia buka dan keluar turun dari kereta terus tendang kena paha sebab dia geram aku rakam video. Tepi jalan dia boleh buat macam tu," katanya.
Selain gambar pemandu dan keretanya, dia turut memuat naik gambar laporan polis dan paparan skrin aduan kepada perkhidmatan pelanggan GrabCar.
Difahamkan, pihak GrabCar telah melihat video kejadian serta meminta maaf atas insiden itu dan akan memastikan pemandu berkenaan menerima hukuman. 
Lapor mStar.

Pasar Karat Jadi Pasar Antik Di K.Lumpur



DALAM usaha untuk menarik lebih ramai pelancong, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengubah wajah pasar karat di Lorong Petaling dan menamakannya sebagai Pasar Antik.
Pengarah Eksekutif DBKL Datuk Ibrahim Yusoff berkata, sebuah persatuan yang diiktiraf oleh DBKL telah dilantik untuk memastikan para peniaga menjual barangan antik tulen dan mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan.
"Selama ini nama pasar karat itu sendiri telah menggambarkan maksud negatif.
"Jadi kami menukar namanya kepada Pasar Antik dan telah mengeluarkan 80 lesen perniagaan sementara kepada peniaga-peniaga di sana tahun lepas," katanya.
-foto THE STAR
Beliau menambah, peniaga-peniaga ini memenuhi 261 tapak dan lesen mereka sah untuk tempoh setengah tahun.
Ibrahim berkata DBKL masih dalam proses menyusun semula dan memperkemaskan semula saiz tapak.
"Lesen sementara akan dikaji semula setiap enam bulan dan kami akan bertemu mereka menjelang tamat tempoh untuk meneliti rekod mereka dalam mematuhi peraturan," jelas beliau.
Beliau berkata DBKL telah memberikan satu garis panduan kepada peniaga.
"Peniaga tidak dibenarkan mengambil pekerja asing atau menjual barang yang dicuri.
"Mereka perlu menjaga kebersihan tapak dan memastikan mereka tidak menghalang pintu belakang kedai-kedai di lorong tersebut," kata Ibrahim.
Ditanya sama ada jumlah peniaga yang diberikan lesen sementara akan ditingkatkan, beliau berkata jumlah itu akan dikekalkan.
"Kami mahu persatuan itu bertanggungjawab dan jika mereka dapat menguruskan peniaga dengan baik, kita boleh pertimbangkan untuk tambah bilangan lesen," katanya.
Ibrahim berkata DBKL akan memantau sambutan orang ramai terhadap pasar tersebut sebelum memikirkan sebarang langkah untuk melanjutkan tempoh lesen selama setahun.
Mengenai isu barang curi, beliau berkata DBKL sedar mengenainya dan berharap ia dapat diatasi apabila persatuan yang menguruskan para peniaga dilantik.
"Kami telah menerima aduan mengenai barang-barang yang dicuri, seperti kasut, yang dijual di pasar ini," katanya, sambil menambah DBKL akan bekerjasama dengan polis dan persatuan itu untuk memastikan tiada barang curi dijual di situ.
"Jika kita mendapat aduan daripada orang ramai atau laporan barang curi, tindakan akan diambil," beliau memberi jaminan.
Ibrahim berkata mengikut perancangan, pasar itu akan digabungkan ke jalan utama Petaling Street sebagai tarikan pelancong yang lebih besar.
"Kami akan berusaha menukar imej pasar karat kepada pasar lebih positif," katanya.

Selain itu perubahan fizikal di kawasan ini juga akan dilakukan.
"Kami akan menaik taraf infrastruktur seperti lampu, manakala mural telah dicat untuk mencantikkan lokasi.
"Kami mungkin akan minta peniaga menggunakan meja untuk mempamerkan barangan mereka, bukan hanya meletakannya di atas di atas tanah," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pasar Antik Lumpur Lorong Petaling Kuala Lumpur (KLLPPAA) Azahalim Suradi berkata persatuan itu telah bekerjasama dengan DBKL dan polis untuk memantau pasar berkenaan.
"Apabila memproses permohonan lesen, kami akan menyemak apa yang mereka jual dan jika kita mendapati ada barang yang mencurigakan, kita tidak akan mengemukakan permohonan kepada DBKL," katanya.
Beliau juga berkata persatuan itu telah menyelia pasar tersebut sejak menerima surat tawaran dari DBKL, September tahun lepas.

Apabila ditanya mengenai telefon bimbit terpakai yang dijual, Azahalim berkata KLLPPAA akan meminta resit daripada peniaga kerana kebanyakan mereka mendapatkannya dari Plaza Low Yat.
Beliau memberi jaminan bahawa pihaknya akan menyiasat sebarang aduan jualan barang curi.  (mStar)