Tuesday, 13 June 2017

Jutaan RM Rugi, Harumanis Tiada Di KL, Pihak Berwajib Tangani Segera, Siapa Sabotaj?

Hasil carian imej untuk Harumanis Tiada Di KL, mengapa
Ini harumanis, tapi bukan di KL, mengapa?













Pelbagai buah mangga dijual di pasar Chow Kit, Kuala Lumpur namun tiada buah mempelam harumanis ditemui.
KUALA LUMPUR – Ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pemasaran dan rangkaian pengedaran mempelam harumanis Perlis apabila buah yang menjadi ke­gilaan ramai itu tidak ditemui di ibu negara.
Lebih menghairankan apabila 1,500 petani di negeri itu mendakwa mereka mengalami kerugian jutaan ringgit ekoran buah itu tidak laku sehingga dijual serendah RM10 sekilogram berbanding RM50 sekilogram pada tahun-tahun sebelum itu.
Jika buah tersebut tidak terjual di Perlis kenapa ia tidak dibawa dan dipasarkan di Kuala Lumpur?
Malah, ada peniaga buah di Kuala Lumpur mendakwa kononnya harumanis yang turut dieksport ke Jepun dan dijual sehingga RM200 sekilogram.
Tinjauan mendapati kebanyakan peniaga hanya menjual buah mangga tempatan lain atau mangga yang diimport dari Thailand, India atau Australia dengan alasan harumanis yang menjadi ikon Perlis tidak ada pembekal di ibu negara.
Antara mangga yang banyak dijual di pasar Chow Kit ialah buah mangga Thailand seperti mangga epal dijual pada harga RM12 sekilogram, siku raja (RM12), mangga pisang (RM10) manakala buah mangga tempatan seperti kuini dijual pada harga RM8.
Seorang kakitangan swasta, Haidir Mokhtar, 24, berkata, dia berhajat membeli harumanis untuk juadah berbuka puasa namun tidak dapat mencari buah tersebut di sini.
“Keunikan mangga harumanis memang tidak dapat disangkal, namun kesukaran untuk mendapatkan buah tersebut menyebabkan saya terpaksa membeli mangga lain,” katanya ketika ditemui di pasar Chow Kit di sini semalam. (Kosmo!)
Hasil carian imej untuk Harumanis Tiada Di KL, mengapa
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak bertanggungjawab sila siasat dan tangani segera, jangan sampai lepas Hari Raya baru melambak.. Kita tidak tuduh siapa-siapa sabotaj..

No comments:

Post a Comment